Sunday, 20 October 2013

Bermula Sebagai Pereka Laman Web

Asal-usul perniagaan saya adalah sebagai pereka laman web (web design). Saya memang tiada ada asas langsung dan tidak tahu menahu mengenai cara laman web direka, dicipta mahupun diselenggara. Rakan kongsi saya, yang diberi nama Ezriq, beliaulah yang mempunyai kepakaran dalam bidang web design ini.

So, apa tugas saya? Tugas saya adalah sebagai sales marketing yang akan mencari pelanggan yang hendak menggunakan khidmat kami. Pada permulaan kami membuat perbincangan meja petak, kami sebulat suara hendak membuat laman web kos rendah khas untuk peniaga bumiputra. Tujuan kami membuat laman web sebenarnya hendak mencelikkan golongan bumiputra mengenai pentingnya laman web dalam perniagaan masa kini.

Apa yang menarik sekali, kami gagal mencatat sebarang jualan laman web pada 2 minggu pertama sejak kami bermula. Kami berasa sangat pelik kerana kos laman web yang kami tawarkan sungguh murah. Memang murah gila. Tapi orang langsung tak pandang produk dan servis kami

Setelah bedah siasat dilakukan, kami pun membuat kesimpulan ;

Barang murah --->> orang tak nak sebab tidak yakin dengan kualiti.

Jadi apa kami buat? - Kami naikkan harga. Dan hasilnya sungguh mengujakan. Dalam tempoh seminggu hasil jualan kami memcecah RM 5000.00. Satu jumlah yang saya kira memang mustahil hendak dapat kalau kerja makan gaji. Memang teruja. Itu yang membuat saya tidak patah semangat untuk terus mencari pelanggan.

Harap panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Pada bulan-bulan berikutnya merupakan pengalaman yang cukup menyedihkan dan seksa berniaga tanpa ilmu sudah terasa. Hasil jualan makin merosot dan akhirnya kami mengambil keputusan untuk menutup terus perniagaan laman web untuk mencari peluang baru. Pengajaran ;

* Jangan berniaga tanpa ILMU
* Jangan terlalu suka bila dapat duit banyak kerana jika peniagaan kita laku dan berjaya,bermaksug kita perlu mencari peluang-peluang yang lain
* Jangan menyalahkan pelanggan kerana sebagai peniaga,kita perlu faham kehendak pelanggan, bukan pelanggan perlu faham kehendak peniaga

Saya menjalankan perniagaan laman web ini kira-kira setahun. Peluang untuk membuka perniagaan hadir selepas kekecewaan perniagaan laman web kami. Inilah yang selalu disebut oleh mentor saya, Dr Azizan Osman, THE POWER OF HIKMAH. Setiap dugaan dan cabaran yang berlaku ada hikmahnya yang tersendiri

Kita sebagai umat Nya hanya perlu bersyukur, redha, dan berusaha untuk berubah. Bersyukur sebab kita diberi peluang untuk mencuba bidang perniagaan yang baru. Redha dengan suratan dan takdir yang telah ditentukan yang terbaik untuk kita. Berusaha untuk berubah dari segi emosi, tindakan kita dan yang paling penting, berusaha berubah ke arah kebaikan. Jika sebelum ini kita selalu melupakan Allah, maka kita mesti kembali kepada Allah...Alhamdulillah atas nikmat dugaan yang ENGKAU berikan untukku YA ALLAH

No comments:

Post a Comment