Sunday 20 October 2013

Siapa Saya?

Nama diberi Mohd Fadzil Noor bin mohd rasmi. Dilahirkan di Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah pada tanggal 25 Mac 2013. Dibesarkan di Kampung Sungai Lang, Banting, Selangor sejak kecil sehingga umur mencecah 9 tahun. Selepas itu, saya berpindah ke Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang dan bermastautin di sini sehingga kini.

Mendapat pendidikan tertinggi diperingkat Diploma dalam Jurusan Elektronik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jalan Semarak Kuala Lumpur. Alhamdulillah dengan berkat doa ibu dan bapa saya, saya menamatkan pendidikan diploma saya dengan jayanya. Terima Kasih ALLAH!!

Selepas saya menamatkan pelajaran di UTM, pada ketika itu ekonomi dunia sedang tidak menentu. Sektor elektronik adalah salah satu sektor pekerjaan yang paling teruk terjejas. Saya telah beberapa kali mencuba untuk memohon pekerjaan di kilang elektronik, tetapi hampa kerana saya tidak berjaya menemukan pekerjaan yang sesuai dengan pendidikan saya.

Setelah lebih kurang 6 bulan menganggur, kakak ipar saya telah memberi cadangan supaya saya memohon menjadi staff di bank tempat beliau bekerja iaitu Maybank sebagai kerani. Maka saya tanpa berlengah, saya pun terus memohon untuk bekerja di Maybank. Tidak sampai 2 minggu, saya telah dipanggil untuk sesi temuduga. Setelah pergi ke temuduga tersebut, saya telah diterima bekerja di Maybank Pelabuhan Klang. Hebat bukan? Lulusan elektronik bekerja di Maybank..=)

Setelah 10 bulan bekerja makan gaji, sahabat saya yang merupakan rakan kongsi perniagaan saya sekarang telah mengajak saya untuk berniaga. Lama juga saya memikirkan sama ada saya mahu terus bekerja dengan harimau ataupun mahu berniaga. Setelah ditimbang tara, maka saya bersetuju untuk berniaga dengan beliau. Genap 12 bulan saya bekerja di Maybank, saya pun menghantar surat perletakan jawatan untuk membolehkan saya berniaga sepenuh masa.

Bersambung pada entri seterusnya bagaimana saya memulakan perniagaan..=)

No comments:

Post a Comment