Sunday 20 October 2013

Kematian Itu Pasti

Pada 15hb Oktober, iaitu pada hari pertama Hari Raya Aildiladha, ibu kepada rakan kongsi saya telah kembali ke Rahmatullah. Panggilan ilahi menjemput Allahyarhamah tepat pukul 4.00 pagi.

Sedih...memang sedih!!!

Itu perkataan yang saya dapat ucapkan tatkala saya menulis entri ini. Allahyarhamah merupakan seorang yang sangat-sangat baik dari segi budipekerti mahupun tingkah laku. Bila saya datang ke rumah sahabat saya itu, pasti saya dijamu dengan hidangan makanan dan minuman.

Allahyarhamah begitu dikenali dikalangan rakan-rakan saya kerana sifat ramah mesranya membuatkan kami yang remaja ini boleh 'masuk kepala' dengan Allahyarhamah..

Kematian Itu Pasti!..tidak terlewat walau sesaat..

Saya datang menziarahi keluarga sahabat saya selepas selesai menunaikan solat hari raya aidil adha kira-kira pukul 9.30 pagi. Waktu itu rumah sahabat saya sudah dipenuhi dengan saudara mara dan jiran tetangga.

Setibanya saya di rumah sahabat saya, saya terus masuk ke dalam rumahnya untuk melihat jenazah ibunya yang tercinta. Perasaan sedih menyelubungi hati saya bila saya terdengar suara tangisan saudara mara sahabat saya.

Setelah itu, saya pun mengambil surah Yassin dan membacanya sehingga habis. Doa saya, semoga rohnya tenang di alam sana. Semoga dirinya tergolong di dalam golongan orang yang masuk ke syurga..Amiiin...

Setelah jenazah dimandikan, dikafankan, dan disolatkan, kira-kira jam 1.30 petang, jenazah tiba di tanah perkuburan untuk disemadikan. Saat jenazah diturunkan, terdetik di dalam hati saya ;

> Saat kita mati, tiada siapa yang akan teman kita
> Saat kita mati, amalan yang kita bawa semasa hidup adalah bekalan di akhirat
> Saat kita mati, kita tidak akan bertemu dengan ahli keluarga, orang tersayang, rakan-rakan dan sesiapa yang mengenali kita
> Saat kita mati, pakaian kita hanya satu - kain kafan

sebak rasa hati ini disaat tanah mula dikambus untuk pengkebumian ini. Mahu tidak mahu, suka ataupun tidak, yang hidup mesti diteruskan hidup. kita yang masih bernyawa ini diberi peluang untuk melihat,menginsafi diri,berfikir dengan waras tentang amalan kita.

Sudah layakkah kita bergelar ahli syurga?
Sudah berapa banyak pahala kita?
Sudah cukup ke amalan kita?

kita tidak tahu kerana itu sume kerja ALLAH. Tanggungjawab kita adalah untuk melakukan segala suruhanNya dan meninggalkan segala larangannya.

Saya ulangi...KEMATIAN ITU PASTI..maka kita perlu bersedia tidak kira masa untuk menghadap ALLAH yang MAHA ESA. Saya pernah terbaca satu doa oleh Hafiz Hamidun dan doa ini saya telah amalkan ;

"YA ALLAH, JANGANLAH ENGKAU CABUT NYAWAKU KETIKA AKU BELUM BERTAUBAT DAN SEDANG MELAKUKAN MAKSIAT..TAPI ENGKAU CABUTLAH NYAWAKU KETIKA AKU DALAM KEADAAN BERTAUBAT DAN MENDAPAT TAQWAMU"..

Sekian...

No comments:

Post a Comment