Sunday 20 October 2013

Kesibukan Melanda

Alhmdulillah diberi nafas dan nyawa oleh ALLAH untuk saya terus melakukan perniagaan seperti biasa. Yang pergi, takkan kembali. Kita yang hidup mesti meneruskan hidup seperti biasa.

Sahabat saya yang baru kehilangan ibu tercinta mengambil cuti beberapa hari. Maka sayalah yang akan membuat semua kerja buat sementara ini. Kesibukan benar-benar melanda diri saya. Inilah akibat tidak mempunyai staff sendiri.

Dari melayan pelanggan, sehinggan ke mengambil barangan pelanggan yang sudah siap, semua saya lakukan bersendirian. Alhamdulillah.. Tiada erti kejayaan tanpa pengorbanan. Dan bukan semua pengorbanan menghasilkan kejayaan. Kerana untuk mencetak kejayaan, kita mesti berusaha sehabis baik.

Sebagai seorang islam, Rezeki adalah pemberian dari ALLAH. Walaupun sedikit rezeki yang diberikan, SYUKUR adalah kuncinya. Kerana yang sedikit itulah yang akan menjadi gunung kelak.

THE POWER OF SYUKUR

Itulah ilmu yang saya belajar dari mentor Dr Azizan Osman. Tanpa rasa syukur, manusia mudah meninggi diri. Manusia mudah sombong. Manusia mudah lupa kepada Maha Pencipta.

Maka, jika anda diberi anugerah walau sekecil zarah, cepat2 ucap syukur kepada ALLAH yang maha Esa.

ALHAMDULILLAH...=)

No comments:

Post a Comment